Pages

Saturday, November 19, 2011

KECAIRAN YANG MEMBAHAYAKAN….

kecairan yang membahayakan!!!!


AWAS: artikel ini dalah untuk peringatan diri sendiri terutamanya dan juga untuk semua yang bergelar dai’

Keberadaan dalam jalan dakwah dan tarbiyah merupakan satu nikmat yang tak terkata. Jalan ini membuatkan kita merasai pelbagai rasa manis mahupun pahit. Jika diimbas kembali bagaimana keadaan diri sebelum ini membuatkan  rasa sebak dan  sedih.

Bersyukur kini kerana di saat diri ini mencari-cari ada sahabat yang sudi menghulurkan tangan memberi semangat untuk terus berbuat perubahan. Di situ dapat dirasai betapa manisnya nilai ukhwah itu. Bahagia ketika ada sahabat yang sentiasa mengingatkan tentang iman. Memang agak jarang sekali untuk menjumpai sahabat yang boleh mengingatkan kita tentang iman. Sahabat ketawa senang dicari namun sahabat menangis boleh dikira dengan jari. Sangat payah dan susah untuk dijumpai. Ketika saat kita telah berjumpa dengan sahabat itu, ambillah peluang yang ada untuk terus mengumpul kekuatan diri.

Berubah dan terus berubah demi mencari kesempurnaan diri walaupun hakikatnya diri ini tetap tidakkan  sempurna. Tapi tidak salah untuk mencuba yang terbaik untuk jadi di kalangan yang terbaik. Itulah semangat yang diperlukan oleh seorang yang mengaku dirinya islam. Terutamannya yang telah difahamkan dengan islam. Yang menggelar dirinya akhwat atau ikhwah. Dan yang setiap minggu duduk berkumpul di dalam bulatan berbincang mengenai masalah diri dan umat, yang setiap minggu terisi dengan makanan rohani untuk meningkatkan keimanan.

Semakin mengurang semangat itu
Namun kini, mengapa rasa itu tidak seperti dulu lagi? Semakin lama berada dalam jalan dakwah dan tarbiyah ini dan semakin kita sebati dengan dakwah dan tarbiyah semakin terasa berkurangnya kualiti jika nak dibandingkan dengan saat mula-mula mendapat hidayah Allah dan juga saat diperkenalkan dengan dakwah dan tarbiyah. Saat itu terasa diri sangat bersemangat untuk melakukan perbaikan pada diri dan juga mengajak kepada orang-orang disekeliling. Semangat yang tidak pernah putus asa dan bergantung harap semata-mata kerana ALLAH tanpa memikirkan penat, lelah, kritikan, tohmahan dan segala kepahitan dijalani dengan penuh ketenangan. Mengapa perasaan  dan semangat itu mengurang???

Fenomena ini dinamakan KEBOSANAN. Keberadaan di jalan ini semakin lama membuatkan seolah-olah diri ini terasa bosan. Bosan kerana telah banyak perkara yang telah kita ketahui lantas membuatkan terasa jemu dan penat. Halaqah dan taklim yang dijalankan sekadar taklim dan halaqah biasa tanpa ada matlamat dan perbaikan. Ia bagaikan rutin untuk sekadar memenuhi arahan dan dibuat bila mana ada kelapangan waktu. Malah pelbagai alasan seperti SIBUK, TIDAK CUKUP MASA, BANYAK TEST menyebabkan taklim dan halaqah yang sepatutnya dijalankan setiap minggu tertangguh dan akhirnya mad’u merasakan ianya tidak penting dan hanya datang bila ada kelapangan. Lebih teruk lagi ada dikalangan mad’u yang menarik diri dari mahu terlibat dengan taklim dan halaqah.
mana hilangnya semangat yang dulu????


Merasa selesa
Malah ada juga di kalangan kita yang tidak mahu langsung untuk berusaha maju ke depan dan masih di takuk yang lama. Rasa selesa berada dalam kelompok yang dikatakan dalam biah solehah membuatkan tiadanya semangat untuk terus melakukan perubahan. Mutabaah dilakukan pada kadar yang sama tanpa penghayatan. Hanya sekadar memenuhi kertas mutabaah dan yang lebih teruk lagi terus mengabaikan mutabaah.  

Keadaan selesa juga itu juga membuatkan kita memandang remeh benda yang boleh dan mampu kita buat. Contohnya, mengajak orang lain melakukan kebaikan. Oleh kerana sudah terbiasa dengan suasana biah yang baik, suasana yang sentiasa ada orang yang mengingatkan kita dalam melakukan kebaikan, kita secara tidak sengaja akan menjadi manja dan tidak dapat membina kekuatan sendiri. Sentiasa mahu bergantung dengan orang lain.

Akibatnya, apabila telah terkeluar daripada biah solehah itu, akan berlaku kejutan budaya dalam diri. Berlaku kekeliruan identiti dan sekiranya ini berterusan, boleh mengakibatkan kita lari dari tarbiyah dan dakwah itu sendiri kerana hanyut dengan kelekaan dunia ditambah lagi bila bercampur gaul dengan orang yang berlainan fikrah.

Bahaya jika dibiarkan
Kecairan ini sangat bahaya jika dibiarkan kerana akan menyebabkan barah di kalangan dai’ kerana akan menyebabkan terbantutnya dakwah itu. Bahkan jika terus dibiarkan, makanya keadaan ini mungkin akan berjangkit pula pada dai’ yang lain yang sangat bersemangat mahu terus melakukan perbaikan diri dan orang-orang di sekeliling. Penyakit ini akan dikhuatiri akan terus berjangkit dan akan menghakis  keaslian dakwah itu sendiri. Makanya, langkah-langkah yang proaktif perlu diambil.

Paksa diri dalam membina kekuatan
Iman kita adakalanya naik dan adakalanya turun. Saat iman dirasakan menurun, maka ketika itu mutabaah kita akan jatuh merundum kerana iman dikatakan berkadar terus dengan amal. Saat itu, kita perlulah memaksa diri dalam melakukan amal. Meskipun berat dan terasa seperti tidak ikhlas dalam melakukan amal, tetapi percayalah itulah cara yang terbaik bagi mengatasi masalah kefuturan. Kefuturan atau lemah iman ini adalah sangat bahaya jika dibiarkan tanpa dirawat.  Keikhlasan dan kekuatan diri itu akan muncul kemudian setelah kita berjaya memaksa diri.

Dalam keadaan apa sekalipun kita perlulah paksa diri untuk berbuat sama ada dalam keadaan berat mahupun dalam keadaan ringan. Sama ada sibuk atau tidak. Sama ada lapang atau sempit. Sama ada suka atau tidak suka. Tetaplah istiqamah dalam berbuat kebaikan.
“ Berangkatlah kamu baik dengan rasa ringan mahupun berat dan berjihadlah dengan harta dan jiwamu di jalan Allah agar kamu beruntung.” ( At-Taubah (9) : 41)

usah biarkan diri dibelenggu kefuturan untuk tidak berbuat

Penutup: kekuatan itu penting
Kekuatan itu perlu dibina di dalam diri kita dari sekarang. Tidak kira lepas ini kita dicampakkan ke mana sahaja, kita akan tetap dalam melakukan dakwah dan tarbiyah. Cabaran dakwah dan tarbiyah masa kini sangat mencabar dan kefuturan tidak lagi boleh dijadikan alasan untuk kita terus mencair dalam berdakwah.

Wednesday, June 8, 2011

Aku rindu, aku rindu, aku rindu...


Alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillah segala puji bagi Allah kerana dengan limpah dan rahmatnya sehingga kini kita dipanjangkan umur, dikurniakan dengan pelbagai nikmat yang tak terkira banyaknya dan nikmat yang terbesar sekali adalah nikmat islam dan nikmat iman. 

Pernahkah kita mengeluh wahai ikhwah dan akhwat, mengeluh kerana terasa terbeban?
Pernahkah kita terasa seperti mahu saja berhenti atau tarik diri dari kerja-kerja ini semua?

Tentu sekali kita tidak terlepas dari merasai itu semua. Dan suka untuk saya ingatkan kalian terutamanya ingatan buat diri sendiri juga bahawa kitalah insan yang terpilih itu. Allah telah memilih kita untuk memikul semua bebanan dan tugas-tugas itu. Maka, beruntunglah kita wahai insan yang terpilih ini. Ingatlah kalian bahawa jika kita menolak siapa lagi yang harus diharapkan?

Adakah kita mahu terus menerus membiarkan keadaan bumi yang semakin tenat ini dengan pelbagai penyakit ciptaan manusia?

Makanya, marilah kita sama-sama memuhasabah diri, kenang kembali saat diri mula-mula dilanggar tarbiyah. Saat diri ini terasa bersemangat mengislahkan diri tanpa menghiraukan keadaan sekeliling. Ketika itu hanya satu yang kita cari iaitu redha ILAHI. 

Dan kini setelah lama merasai itu semua, kenapa kini semangat itu semakin hari semakin pudar dan hilang? Tepuk dada tanyalah iman. 

Untuk kali ini saya ingin berkongsi hasil nukilan ustaz KH Rahmat Abdullah tentang rindunya. Dan diharapkan kita juga merindui semua itu. Sama-sama kita hayatinya:

Aku rindu zaman ketika “halaqah” adalah kebutuhan, bukan sekadar sambilan apalagi hiburan.

Kami juga rindu, saat dimana “halaqah” membuncahkan jundi-jundinya, menyebar aroma surgawi, menyambung risalah Nabi, berjibaku mengislah borok-borok duniawi, meski terkadang mereka harus dibayar dengan caci-maki.

Aku rindu zaman ketika “membina” adalah kewajiban, bukan pilihan apalagi beban dan paksaan,
Lebih dari itu kami juga merindu akan lahirnya dai-dai yang merasakan bahwa membina adalah suatu kebutuhan, bukan sekadar penggugur kewajiban apalagi pelengkap syarat lulusnya pentaqwiman.

Aku rindu zaman ketika “dauroh” menjadi kebiasaan, bukan sekedar pelengkap pengisi program yang dipaksakan
Begitu pun dengan kami, lelah semangat dan pikiran akibat terlalu banyak “keluyuran”, moga bisa segera disembuhkan, dengan banyak mengkaji dan menambah wawasan

Aku rindu zaman ketika “tsiqoh” menjadi kekuatan, bukan keraguan apalagi kecurigaan.
Kami pun sangat merindu ketika “tsiqoh” tidak bertepuk sebelah tangan; saat ia tumbuh subur direlung husnudzan para pemilik jiwa-jiwa sebening kaca, merekah di kehangatan ukhuwah; dan saat dimana ia menjelma meruntuhkan dzan dan sakwasangka.

Aku rindu zaman ketika “tarbiyah” adalah pengorbanan, bukan tuntutan dan hujatan.
Kami pun rindu, Syaikhona, saat dimana “tarbiyah” merubah pikiran-pikiran picik dan kerdil menjadi terbuka dan bijaksana, menyingkirkan letupan-letupan emosi syaitoni, dan melahirkan jiwa-jiwa berkelimpahan yang tahan banting dan siap meraih “mimpi”.

Aku rindu zaman ketika “nasihat” menjadi kesenangan, bukan su'udzon atau menjatuhkan.
Kami pun rindu, Syaikhona, ketika “nasihat” tidak dianggap sebagai kebencian apalagi manuver untuk menjatuhkan, namun betul-betul saling mengikhlaskan, karena bukankah kita adalah ikhwan (bersaudara)?

Aku rindu zaman ketika kita semua memberikan segalanya untuk da'wah ini
memberikan yang terbaik untuk dakwah ini, bukan sisa-sisa (waktu, tenaga, harta dan pikiran) apalagi menganggapnya sekedar iseng-iseng dan kegiatan sambilan.

Aku rindu zaman ketika “nasyid ghuroba” menjadi lagu kebangsaan.
Kini nasyid-nasyid itu sudah banyak jenis dan ragamnya, Syaikhona, tinggal bagaimana putra-putri dakwah ini menjiwai, memolesnya dengan spirit dan etika islami, menggunakan dan memanfaatkannya untuk meniupkan ruh tarbawi.

Aku rindu zaman ketika hadir di “liqo” adalah kerinduan, dan terlambat adalah kelalaian.
Sama dengan kerinduan kami, Syaikhona, pada saat dimana “absen liqa” adalah suatu kerugian dan membolos adalah aib tarbawi yang harus segera ditobati.

Aku rindu zaman ketika malam gerimis pergi ke puncak mengisi dauroh dengan ongkos ngepas dan peta tak jelas
Kami pun rindu saat aktifitas tarbiyah tak hanya berbuah lelah, dan ketika manuver-manuver dakwah tidak sekedar menghasilkan “ghanimah” namun betul-betul menjelma dan power full dengan spirit “ibadah”. Tentu semua akan terwujud jika selaras dengan koridor aqidah dan gelora tinggi cita-cita dakwah.

Aku rindu zaman ketika seorang ikhwah benar-benar jalan kaki 2 jam di malam buta sepulang tabligh dakwah di desa sebelah.
Kami pun rindu, Syaikhona, ketika ikhwah pulang ke rumah dengan badan yang udah benar-benar lelah karena berdakwah, namun gelora semangat tidak pernah melemah, dan ibadah tetap terus berghairah.

Aku rindu zaman ketika akan pergi liqo selalu membawa uang infak, alat tulis, buku catatan dan Qur'an terjemahan ditambah sedikit hafalan.
Aku rindu zaman ketika seorang binaan menangis karena tak bisa hadir di liqo.
Aku rindu zaman ketika tengah malam pintu depan diketok untuk mendapat berita kumpul subuh harinya.
Aku rindu zaman ketika seorang ikhwah berangkat liqo dengan ongkos jatah belanja esok hari untuk keluarganya
Aku rindu zaman ketika seorang murobbi sakit dan harus dirawat, para binaan patungan mengumpulkan dana apa adanya
Aku rindu zaman itu, Aku rindu...

Ya ALLAH, Jangan Kau buang kenikmatan berda'wah dari hati-hati kami.

Jangan Kau jadikan hidup ini hanya berjalan di tempat yang sama.

Karena kami hari ini tak sedang berdiri di episod akhir, tapi kami hanya sedang berdiri di ujung waktu di depan sebuah pintu.....

p/s:untuk diriku, tarbiyah zatiyahmu apa khabar????

Sunday, May 15, 2011

untuk ukhti

Bismillahirrahmanirrahim

assalammualaikum buat semua.sudah hampir dua bulan blog ni dibiarkan sunyi tanpa entry. bukan mahu berhenti daripada menulis dan bukanlah kerana sibuk. hidup ini sentiasa sibuk dan tidak wajar sibuk dijadikan alasan untuk berhenti menulis tetapi sebenarnya penulis tiada kekuatan untuk menulis.

insyaallah, penulis ingin berkongsi apa yang di emelkan oleh ukhti ***a kepada penulis. jzkk buat ukhti ***a kerana emel yang penuh bermakna itu. moga kita sama-sama tegar berada dalam jalan tarbiyah ini walau seribu mehnah yang mendatang.

di bawah ini adalah emel tersebut yang ukhti ***a dapat daripada blog ustaz pahrol 
sama-samalah kita baca dan hayatinya:
*****************************************************************************************
Kerap kali kalau kita jujur kita dituduh bodoh. Bila kita mengalah, kita dianggap lemah. Pada hal, kita inginkan keamanan dan kedamaian tanpa kehilangan hak dan harga diri. Namun begitu sukar untuk mendapatnya!
Paling teruji apabila ada orang lain yang mengikut lorong salah… lalu dia cepat sampai, sedangkan kita di lorong yang betul masih lelah  menapak dan merangkak. Bila yang batil ketawa, yang benar pastinya teruji melihat kegembiraan itu. Dan hampir-hampir ia melepaskan kebenaran itu semula hanya kerana tidak tega melihat kebatilan melonjak ria.
Acapkali duri berselindung di sebalik bunga… lalu kita yang tercium keharumannya alpa akan tusukan bisa di sebaliknya. Huluran tangan yang ikhlas dan lembut kekadang dikilas dalam diam dan dendam. Sering juga baldu yang lembut dan halus  dihamparkan tetapi di bawahnya ada belati tajam yang sedia terhunus.
Namun inilah hakikat, tidak ada keadilan yang mutlak di dunia ini. Justeru, di sana ada akhirat supaya segala topeng kepura-puraan yang selama ini bertahta akan terhenyak dan mendapat pembalasan.
Namun, jika itu yang kita ingatkan kepada yang lain, pasti ada yang mengatakan bahawa itu hanya ‘escapisme’ . Bila kecewa dengan manusia, orang ‘lari’ kepada Tuhan, bila tidak dapat meraih dunia orang mula merindui akhirat, bila terlepas kenikmatan nafsu baru ada yang merintih syurga itu ada!
Bukan, tidak begitu. Keyakinan kepada Allah dan Hari akhirat itu adalah tunjang, teras dan pegangan semasa kita hidup di dunia. Jangan terperangkap oleh ‘etheis’ dalam diri yang mendakwa bahawa manusia itulah yang ‘mencipta’ Tuhan demi ketenangan.
Selalu kita diperingatkan bahawa selesaikanlah urusan kita dengan Allah, barulah Allah akan membantu kita menyelesaikan urusan kita dengan manusia. Dan siapa yang memburu akhirat, dunia akan melutut di kakinya!
Kita tidak selalu benar dalam pendirian dan tindakan… kita hanya manusia. Walaupun sungguh hati kita ingin mengikut jalan Allah, tetapi kerana kealpaan dan kejahilan kita tersasar jua. Kita ingin tenang, tetapi oleh kerana ketipisan iman dan zikir, pendirian kita goyah jua. Ada rasa marah, ada rasa resah… tetapi semua itu adalah ‘bayaran tol’ di lebuh raya mujahadah.
Ya Allah, ampunkanlah kami. Berilah kami kekuatan untuk memaafkan diri kami sendiri dan juga orang lain. Kami masih tidak pandai mensyukuri nikmatMu kerana kami masih mendidik hati dalam menerima ujian-Mu.
Ya Allah, cuma satu… cuma satu… janganlah Engkau serahkan diri kami kepada diri kami sendiri walau sekelip mata. Kutiplah kami ya Allah untuk selalu dibimbing oleh hidayah dan taufik Mu!
Ya Allah, kami sentiasa yakin bahawa kejujuran itu kemenangan dan pilihlah kami untuk menjadi orang yang jujur dan benar… walau apa jua keadaan dan cabarannya! Amin.

*********************************************************

Tuesday, March 1, 2011

Penjara Hati

Hidup sebagai khalifah di bumi ALLAH ini sememangnya amat berat tanggungjawabnya.Menjalani kehidupan sehari-harian terasa amat memenatkan.terkadang terasa mahu berhenti dari melakukan segala-galanya tapi itu tidak mungkin kita lakukan kerana segalanya telah tergalas di bahu kita.

Akan ada satu tahap bila mana kita akan diuji dengan pelbagai ujian sehingga menyesakkan dada dan terasa bagai mahu meninggalkan segala-galanya yang telah diamanahkan. Jika kita tinggalkan semua yang telah kita dapat amat rugi sekali kerana inilah proses tarbiyah iaitu pendidikan yang ALLAH berikan untuk menjadikan kita manusia yang matang. Mungkin hari ini kita boleh melepaskan amanah ini, melarikan diri dari masalah yang sedang kita hadapi, namun percayalah, di hari yang lain kita mungkin akan diuji perkara yang sama. Makanya, tabah dan bersabarlah dalam menghadapi setiap masalah dan ujian serta dugaan hidup ini.

penat dan lelah melakukan kebaikan ketika hati dipenjara


Sememangnya manusia itu tidak terlepas dari melakukan dosa. Semua tanggungjawab dan amanah ini perlu dilaksanakan juga walaupun dalam keadaan diri yang dirasakan teruk sekali. Tidak layak untuk melakukan tugas yang di amanahkan dan dalam keadaan hati yang dirasakan bagaikan dipenjara. Tiada mood untuk melakukannya dan terasa terpaksa untuk melakukannya. Kepada sesiapa yang sedang merasainya, ayuh kita sama-sama berusaha bebaskan hati itu dari penjara.
ketika hati dipenjara,semua dirasa bagai tak kena

Penjara hati menyelubungi diri
Menjadikan aku lelah sekali
Membuat emosi tak stabil kini
Virus kejahatan menular menguasai
Rasionalku sukar dicapai

Ingin aku melepaskan diri
Berlari dari penjara hati
Namun tak berdaya ku rasa lagi
Kekuatan lenyap ditelan hari
Semangat pudar sama sekali
Bilakah semua ini harus diakhiri

Ingin aku hentikan semua ini
Berehat menyendiri dari segalanya
Tetapi ketakutan pula menguasai
Akibat tanggungjawab ku biarkan pergi
Tak sanggup untuk khianati amanah ini

Dalam kepayahan dan dan kelelahan ini
Kuteruskan perjalanan dalam penjara hati
Takkan ku biar hatiku mati dalam penjara hati
Takkan ku biar dunia yang tenat ini
Walau ku masih dalam penjara hati
Kerana ku percaya ini ujian dari ILLAHI
TABAH dan SABAR senjata utama

Wahai hati keluarlah engkau pergi
Lepaskan diri dari penjara hati
Carilah kunci untuk penjara ini
Kunci yang datangnya dari kekuatan hatimu sendiri
Bebaskan dirimu dari penjara hati
Bebaskan dirimu dari belenggu ini
Bebaskan dirimu dari kesakitan ini
Bebaskan…bebaskan..bebaskan…..



tabah dan sabar tatkala diuji dan doa senjata utama

p/s: berusaha melepaskan diri dari penjara hati.ayuh bermujahadah...

Saturday, February 12, 2011

Usah Putus Asa




Tak tahu disebalik suka dan duka
Ada hikmah yang disediakan olehNYa
Jangan berputus asa bila ia menimpa
Redha dan pasrah itulah lumrah

Mahukah kita semua terus terjatuh
Hingga tiada tempat untuk kita berlabuh
Bukanlah masa untuk kita mengeluh
Bukanlah waktu untuk asyik mengadu

Dari itu jangan berpaling haluan
Ke arah matlamat yang telah kita sasarkan
Masih banyak yang belum kita terokai
Di depan pasti bahagia menanti

*
Teruslah kau terus mencuba
Lupakan segala duka lara
Usah putus asa
Segala dugaan menimpa
Pastikan nanti ada hikmahnya
Usah putus asa

Putus asa bukanlah penyudahnya
Ayuh teruskan langkah serta berwaspada
Mungkin hari ini kita berdiri luka
Esok harap menjadi milik kita semula

Tulisan ini hanya luahan hati
Bukan aku menagih belas simpati
Biar apa pun kehidupan menanti
Sabar menerima ketentuan Ilahi

Kesilapan silam jadikan landasan
Hidup bukan seindah dimpikan
Terus melangkah jangan menoleh lagi
Segala yang dimpikan menjadi pasti

(ulang *)

Kita rentas bersama samudera
Layarkan bahtera harapan dan cita

(ulang *)

Itulah janji dari Ilahi
Jika kau susah diakan pasti
Teruskan mendaki puncak yang tinggi
Capailah impi lukisan hati
Cubalah engkau terus mencuba
Hingga kau tiba ke puncak jaya
Ingatlah kita semua di dunia
Bukan milik kita
Milik yang Esa
Ya milik yang Esa


p/s: penulis menyepi di alam maya untuk suatu tempoh masa yang agak lama untuk bersendirian dan fokus


 ~adik~~ sentiasa bersemangat ukhti

Friday, February 4, 2011

Pesanan Buat Sahabat Dan Juga Aku

Sahabat,
aku dan juga kamu,
biarpun sebelum ini kita tidak mengenali budi pekerti,
namun kerana anugerah pertemuan ini,
kita bisa saling memahami,mendalami dan mendampingi,
biarpun kita sama atau kita berbeza,
walaupun sempadan yang memisahkan kita,
walaupun jarak membatasi kita,
kamu tetap sahabatku sampai bila-bila,

Sahabat,
Kini,ikatan suci ini sama kita selami,sama kita hayati demi menuju redhaMu ILAHI,
biarpun kadang-kadang ada waktunya kita berduka,
ada waktunya kita bisa tertawa dan inilah jua pahit manis yang harus kita lalui bersama,
semakin kita menempuhi kedewasaan ini,
semakin utuh ikatan ini terpatri,

Sahabat,
manusia itu bukan sempurna,
tidak bisa memiliki segalanya,
biarlah kita terima seadanya,
walau siapa jua yang mendampingi kita,

Sahabat,
yang buruk kita jauhi,
yang baik kita jadikan inspirasi,
kerana dilahirkan insan itu,
untuk saling melengkapi,
kiranya diri ini pernah mengguris hati kecilmu,
ampun maaf kupinta darimu,
bukan bermaksud aku tidak menghargaimu,
kerana aku juga insan sepertimu,
yang sering dihambat bisikan nafsu,
dan godaan sang penghasut,
yang tidak putus untuk menghancurkan mahligai persahabatan ini,
tapi aku percaya,
kerana itulah jua resmi cinta, kasih dan setia,

Sahabat,
jika suatu hari nanti aku sudah tiada,
ziarahilah pusaraku,
biarpun kita tidak bisa bersua,
memori tercipta abadi selamanya....

Thursday, February 3, 2011

Hargai Apa Yang Kita Miliki

Pada suatu hari di sebuah sekolah, seorang murid bertanya pada gurunya. Ketika itu guru tersebut sedang mengajar mengenai kasih sayang.

Pelajar: Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang yang paling kita sayang?     Macam mana pula kasih sayang itu nak berkekalan?

Cikgu: Ok, kamu ikut apa yang saya suruh. Kamu pergi ke padang. Kamu berjalan di atas rumput sambil memandang rumput di depan kamu. Pilih yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Dah petik rumput PALING cantik sekali,bawa ke kelas.

Apabila pelajar tersebut pulang ke kelas, tiada sehelai rumput pun di tangannya.

Cikgu: Kenapa tiada rumput yang dipilih?

Pelajar: Tadi masa saya berjalan, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada yang paling cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik, makanya saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang, saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada di antara yang di belakang saya tadi rumput yang paling cantik tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang boleh saya petik".

Cikgu: Itulah jawapannya. Maknanya apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita mencari yang lebih baik dari itu. Kita patut hargai orang yang di depan kita sebaik-baiknya. Jangan kita menoleh ke belakang lagi kerana yang telah berlaku tetap dah berlaku. Semoga yang berlaku tidak berulang lagi. Dan ingatlah bahawa orang yang paling kita sayang itulah yang paling cantik dan paling baik. Walaupun nak ikutkan, banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi....

HARGAILAH SAHABAT YANG KITA MILIKI SEBELUM KEHILANGANNYA....

Sunday, January 23, 2011

Tiada Duka Yang Abadi

 linangan air mata krnNYA buat memadam api neraka


Tiada duka yang abadi didunia
Tiada sepi merantaimu selamanya
Malam ‘kan berakhir, hari ‘kan berganti
Takdir hidup ‘kan dijalani

Tangis dan tawa nyanyian yang mengiring
Hati yang rindukan cinta dijalan-Mu
Namun ku percaya hati meyakini
Semua akan indah pada akhirnya

Andai bisa ku mengulang
Waktu hilang dan terbuang
Andai bisa perbaiki segala yang terjadi
Tapi waktu tak berhenti
Tapi detik tak kembali
Harap ampunkan hamba-Mu ini

Waktu berputar rebulan dan matahari
Bunga yang mekar akan layu akan mati
Malam ‘kan berakhir, hari ‘kan berganti
Takdir hidup ‘kan dijalani

Andai bisa ku mengulang
Waktu hilang dan terbuang
Andai bisa perbaiki segala yang terjadi
Tapi waktu tak berhenti
Tapi detik tak kembali
Harap ampunkan hamba-Mu ini

Andai bisa ku mengulang
Waktu hilang dan terbuang
Andai bisa perbaiki segala yang terjadi
Tapi waktu tak berhenti
Tapi detik tak kembali
Harap ampunkan hamba-Mu ini
Harap ampunkan hamba-Mu ini



                                                      menyendiri untuk memperbaiki..


p/s:penulis sedang bersedih,doakan pnulis doa dari kalian amat diperlukan..

Tuesday, January 4, 2011

Aku sedar siapa aku....

bismillah...

Hidup ini sangat singkat. Cuti semester telah pun berlalu dan semester baru menjelma tiba. Moga masa-masa cuti sepanjang berada di rumah mendapat keberkatan dan keredhaan Allah. Moga tak sia-sia segala apa perbuatan yang dilakukan kerana semuanya akan disoal kelak di akhirat.

Aku mahu berubah!!! Nak jadi hamba yang taat.Anak yang baik.Pelajar yang cemerlang.Aku sedar apa matlamat hidup aku kat dunia ni.Apa la sangat pengorbanan yang aku dah buat kat mak abah???tiada apa pun rasanya apa yang aku lakukan jika dibandingkan dengan mereka. Aku mahu berubah.Aku kena istiqamah! Yakin akan janji-janji Allah. Ya Allah,berikan hambamu ini kekuatan untuk genggam hidayah ini.Aku mahu berubah.Apa sumbangan aku pada agamaku ini???tiada apa kurasa yang telah kusumbang. betapa aku bersyukur mendapat nikmat hidup,nikmat islam,nikmat iman.aku tak mahu sia-siakan nikmat yang dikurniakan ini.

Aku sangat takut.Takut untuk hadapi cabaran hidup ini.Ujian-ujian yang kadang-kadang sangat membebankan diri ini.Tapi aku tahu, semua ujian itu adalah mampu aku tanggung.Aku kena kuat.Aku tak boleh melemah.Aku kena kuat.Kuatkan aku ya Allah.Kuatkan aku ya ALLAH.Firman Allah,
"Allah  tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya...."
(Al-Baqarah:286)

Dah tak lama sangat hidup aku ni.Semakin lama aku kat dunia ni,semakin pendek perjalanan hidupku.Aku tak boleh buang masa lagi dengan kerja-kerja yang tiada faedah.Aku tak boleh putus asa dalam berbuat kebaikan.Aku tak boleh berputus asa dalam perjuangan hidup ini.Perjuangan melawan hawa nafsu diri sendiri.Perjuangan menjadi manusia yang terbaik.Perjuangan menegakkan agama.Firman Allah,
"berangkatlah kamu baik dengan rasa ringan mahupun dengan rasa berat,dan berjihadlah dengan harta dan jiwamu di jalan Allah. yang demikian itu adalah lebih baik bagimu jika kamu mengetahui.(At-Taubah:41).

Ya ALLAH!!!! Matikanlah aku dalam keadaan beriman kepadamu. Kau tempatkanlah aku dalam kalangan orang-orang yang soleh dan solehah.Jauhi aku, keluargaku,saudara- maraku,sahabat-sahabatku dari bahang api nerakamu. berikan petunjukmu kepada mereka yang berdekatan denganku.Aku mahu mereka sedar sebagaimana aku sedar ya ALLAH.Sesungguhnya betapa aku bersyukur Kau telah menyedarkan aku.Betapa aku kesali masa lampauku yang aku sia-siakan tanpa arah.

Oleh itu,kuatkan aku Ya ALLAH...dalam menempuh segala cabaran dan ujian yang aku tahu akan mematangkan diriku sendiri.Firman ALLAH, "Dan sungguh, Kami benar-benar akan menguji kamu sehingga Kami mengetahui orang-orang yang benar-benar berjihad dan bersabar di antara kamu,dan akan Kami uji perihal kamu."(Muhammad:31)

Moga aku tergolong dalam golongan yang bertaqwa.insyallah....