Pages

Saturday, February 12, 2011

Usah Putus Asa




Tak tahu disebalik suka dan duka
Ada hikmah yang disediakan olehNYa
Jangan berputus asa bila ia menimpa
Redha dan pasrah itulah lumrah

Mahukah kita semua terus terjatuh
Hingga tiada tempat untuk kita berlabuh
Bukanlah masa untuk kita mengeluh
Bukanlah waktu untuk asyik mengadu

Dari itu jangan berpaling haluan
Ke arah matlamat yang telah kita sasarkan
Masih banyak yang belum kita terokai
Di depan pasti bahagia menanti

*
Teruslah kau terus mencuba
Lupakan segala duka lara
Usah putus asa
Segala dugaan menimpa
Pastikan nanti ada hikmahnya
Usah putus asa

Putus asa bukanlah penyudahnya
Ayuh teruskan langkah serta berwaspada
Mungkin hari ini kita berdiri luka
Esok harap menjadi milik kita semula

Tulisan ini hanya luahan hati
Bukan aku menagih belas simpati
Biar apa pun kehidupan menanti
Sabar menerima ketentuan Ilahi

Kesilapan silam jadikan landasan
Hidup bukan seindah dimpikan
Terus melangkah jangan menoleh lagi
Segala yang dimpikan menjadi pasti

(ulang *)

Kita rentas bersama samudera
Layarkan bahtera harapan dan cita

(ulang *)

Itulah janji dari Ilahi
Jika kau susah diakan pasti
Teruskan mendaki puncak yang tinggi
Capailah impi lukisan hati
Cubalah engkau terus mencuba
Hingga kau tiba ke puncak jaya
Ingatlah kita semua di dunia
Bukan milik kita
Milik yang Esa
Ya milik yang Esa


p/s: penulis menyepi di alam maya untuk suatu tempoh masa yang agak lama untuk bersendirian dan fokus


 ~adik~~ sentiasa bersemangat ukhti

Friday, February 4, 2011

Pesanan Buat Sahabat Dan Juga Aku

Sahabat,
aku dan juga kamu,
biarpun sebelum ini kita tidak mengenali budi pekerti,
namun kerana anugerah pertemuan ini,
kita bisa saling memahami,mendalami dan mendampingi,
biarpun kita sama atau kita berbeza,
walaupun sempadan yang memisahkan kita,
walaupun jarak membatasi kita,
kamu tetap sahabatku sampai bila-bila,

Sahabat,
Kini,ikatan suci ini sama kita selami,sama kita hayati demi menuju redhaMu ILAHI,
biarpun kadang-kadang ada waktunya kita berduka,
ada waktunya kita bisa tertawa dan inilah jua pahit manis yang harus kita lalui bersama,
semakin kita menempuhi kedewasaan ini,
semakin utuh ikatan ini terpatri,

Sahabat,
manusia itu bukan sempurna,
tidak bisa memiliki segalanya,
biarlah kita terima seadanya,
walau siapa jua yang mendampingi kita,

Sahabat,
yang buruk kita jauhi,
yang baik kita jadikan inspirasi,
kerana dilahirkan insan itu,
untuk saling melengkapi,
kiranya diri ini pernah mengguris hati kecilmu,
ampun maaf kupinta darimu,
bukan bermaksud aku tidak menghargaimu,
kerana aku juga insan sepertimu,
yang sering dihambat bisikan nafsu,
dan godaan sang penghasut,
yang tidak putus untuk menghancurkan mahligai persahabatan ini,
tapi aku percaya,
kerana itulah jua resmi cinta, kasih dan setia,

Sahabat,
jika suatu hari nanti aku sudah tiada,
ziarahilah pusaraku,
biarpun kita tidak bisa bersua,
memori tercipta abadi selamanya....

Thursday, February 3, 2011

Hargai Apa Yang Kita Miliki

Pada suatu hari di sebuah sekolah, seorang murid bertanya pada gurunya. Ketika itu guru tersebut sedang mengajar mengenai kasih sayang.

Pelajar: Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang yang paling kita sayang?     Macam mana pula kasih sayang itu nak berkekalan?

Cikgu: Ok, kamu ikut apa yang saya suruh. Kamu pergi ke padang. Kamu berjalan di atas rumput sambil memandang rumput di depan kamu. Pilih yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Dah petik rumput PALING cantik sekali,bawa ke kelas.

Apabila pelajar tersebut pulang ke kelas, tiada sehelai rumput pun di tangannya.

Cikgu: Kenapa tiada rumput yang dipilih?

Pelajar: Tadi masa saya berjalan, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada yang paling cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik, makanya saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang, saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada di antara yang di belakang saya tadi rumput yang paling cantik tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang boleh saya petik".

Cikgu: Itulah jawapannya. Maknanya apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita mencari yang lebih baik dari itu. Kita patut hargai orang yang di depan kita sebaik-baiknya. Jangan kita menoleh ke belakang lagi kerana yang telah berlaku tetap dah berlaku. Semoga yang berlaku tidak berulang lagi. Dan ingatlah bahawa orang yang paling kita sayang itulah yang paling cantik dan paling baik. Walaupun nak ikutkan, banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi....

HARGAILAH SAHABAT YANG KITA MILIKI SEBELUM KEHILANGANNYA....