Pages

Showing posts with label Luahan. Show all posts
Showing posts with label Luahan. Show all posts

Tuesday, March 1, 2011

Penjara Hati

Hidup sebagai khalifah di bumi ALLAH ini sememangnya amat berat tanggungjawabnya.Menjalani kehidupan sehari-harian terasa amat memenatkan.terkadang terasa mahu berhenti dari melakukan segala-galanya tapi itu tidak mungkin kita lakukan kerana segalanya telah tergalas di bahu kita.

Akan ada satu tahap bila mana kita akan diuji dengan pelbagai ujian sehingga menyesakkan dada dan terasa bagai mahu meninggalkan segala-galanya yang telah diamanahkan. Jika kita tinggalkan semua yang telah kita dapat amat rugi sekali kerana inilah proses tarbiyah iaitu pendidikan yang ALLAH berikan untuk menjadikan kita manusia yang matang. Mungkin hari ini kita boleh melepaskan amanah ini, melarikan diri dari masalah yang sedang kita hadapi, namun percayalah, di hari yang lain kita mungkin akan diuji perkara yang sama. Makanya, tabah dan bersabarlah dalam menghadapi setiap masalah dan ujian serta dugaan hidup ini.

penat dan lelah melakukan kebaikan ketika hati dipenjara


Sememangnya manusia itu tidak terlepas dari melakukan dosa. Semua tanggungjawab dan amanah ini perlu dilaksanakan juga walaupun dalam keadaan diri yang dirasakan teruk sekali. Tidak layak untuk melakukan tugas yang di amanahkan dan dalam keadaan hati yang dirasakan bagaikan dipenjara. Tiada mood untuk melakukannya dan terasa terpaksa untuk melakukannya. Kepada sesiapa yang sedang merasainya, ayuh kita sama-sama berusaha bebaskan hati itu dari penjara.
ketika hati dipenjara,semua dirasa bagai tak kena

Penjara hati menyelubungi diri
Menjadikan aku lelah sekali
Membuat emosi tak stabil kini
Virus kejahatan menular menguasai
Rasionalku sukar dicapai

Ingin aku melepaskan diri
Berlari dari penjara hati
Namun tak berdaya ku rasa lagi
Kekuatan lenyap ditelan hari
Semangat pudar sama sekali
Bilakah semua ini harus diakhiri

Ingin aku hentikan semua ini
Berehat menyendiri dari segalanya
Tetapi ketakutan pula menguasai
Akibat tanggungjawab ku biarkan pergi
Tak sanggup untuk khianati amanah ini

Dalam kepayahan dan dan kelelahan ini
Kuteruskan perjalanan dalam penjara hati
Takkan ku biar hatiku mati dalam penjara hati
Takkan ku biar dunia yang tenat ini
Walau ku masih dalam penjara hati
Kerana ku percaya ini ujian dari ILLAHI
TABAH dan SABAR senjata utama

Wahai hati keluarlah engkau pergi
Lepaskan diri dari penjara hati
Carilah kunci untuk penjara ini
Kunci yang datangnya dari kekuatan hatimu sendiri
Bebaskan dirimu dari penjara hati
Bebaskan dirimu dari belenggu ini
Bebaskan dirimu dari kesakitan ini
Bebaskan…bebaskan..bebaskan…..



tabah dan sabar tatkala diuji dan doa senjata utama

p/s: berusaha melepaskan diri dari penjara hati.ayuh bermujahadah...

Tuesday, January 4, 2011

Aku sedar siapa aku....

bismillah...

Hidup ini sangat singkat. Cuti semester telah pun berlalu dan semester baru menjelma tiba. Moga masa-masa cuti sepanjang berada di rumah mendapat keberkatan dan keredhaan Allah. Moga tak sia-sia segala apa perbuatan yang dilakukan kerana semuanya akan disoal kelak di akhirat.

Aku mahu berubah!!! Nak jadi hamba yang taat.Anak yang baik.Pelajar yang cemerlang.Aku sedar apa matlamat hidup aku kat dunia ni.Apa la sangat pengorbanan yang aku dah buat kat mak abah???tiada apa pun rasanya apa yang aku lakukan jika dibandingkan dengan mereka. Aku mahu berubah.Aku kena istiqamah! Yakin akan janji-janji Allah. Ya Allah,berikan hambamu ini kekuatan untuk genggam hidayah ini.Aku mahu berubah.Apa sumbangan aku pada agamaku ini???tiada apa kurasa yang telah kusumbang. betapa aku bersyukur mendapat nikmat hidup,nikmat islam,nikmat iman.aku tak mahu sia-siakan nikmat yang dikurniakan ini.

Aku sangat takut.Takut untuk hadapi cabaran hidup ini.Ujian-ujian yang kadang-kadang sangat membebankan diri ini.Tapi aku tahu, semua ujian itu adalah mampu aku tanggung.Aku kena kuat.Aku tak boleh melemah.Aku kena kuat.Kuatkan aku ya Allah.Kuatkan aku ya ALLAH.Firman Allah,
"Allah  tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya...."
(Al-Baqarah:286)

Dah tak lama sangat hidup aku ni.Semakin lama aku kat dunia ni,semakin pendek perjalanan hidupku.Aku tak boleh buang masa lagi dengan kerja-kerja yang tiada faedah.Aku tak boleh putus asa dalam berbuat kebaikan.Aku tak boleh berputus asa dalam perjuangan hidup ini.Perjuangan melawan hawa nafsu diri sendiri.Perjuangan menjadi manusia yang terbaik.Perjuangan menegakkan agama.Firman Allah,
"berangkatlah kamu baik dengan rasa ringan mahupun dengan rasa berat,dan berjihadlah dengan harta dan jiwamu di jalan Allah. yang demikian itu adalah lebih baik bagimu jika kamu mengetahui.(At-Taubah:41).

Ya ALLAH!!!! Matikanlah aku dalam keadaan beriman kepadamu. Kau tempatkanlah aku dalam kalangan orang-orang yang soleh dan solehah.Jauhi aku, keluargaku,saudara- maraku,sahabat-sahabatku dari bahang api nerakamu. berikan petunjukmu kepada mereka yang berdekatan denganku.Aku mahu mereka sedar sebagaimana aku sedar ya ALLAH.Sesungguhnya betapa aku bersyukur Kau telah menyedarkan aku.Betapa aku kesali masa lampauku yang aku sia-siakan tanpa arah.

Oleh itu,kuatkan aku Ya ALLAH...dalam menempuh segala cabaran dan ujian yang aku tahu akan mematangkan diriku sendiri.Firman ALLAH, "Dan sungguh, Kami benar-benar akan menguji kamu sehingga Kami mengetahui orang-orang yang benar-benar berjihad dan bersabar di antara kamu,dan akan Kami uji perihal kamu."(Muhammad:31)

Moga aku tergolong dalam golongan yang bertaqwa.insyallah....