Pages

Wednesday, July 25, 2012

Kanta Lekap Dunia vs Kaca Mata Akhirat


Segala tulisan dan cerita dalam artikel ini adalah untuk peringatan buat semua terutamanya buat diri penulis sendiri. Salah dan silap harap dimaafkan. Moga bermanfaat. Salam muhasabah.

 Cintaku hanya untukMU Ya ALLAH

BUKA MATA BUKA HATI, MOGA RAMADHAN DIBERKATI

Satu mesej masuk dalam inbox dan dibaca, “Salam.kak long, mak masuk hospital. Jangkitan kuman kat mata”. Fathiah segera menelefon ahli keluarganya dan menanyakan keadaan maknya yang masuk wad. Sememangnya ketika itu cuti semester bagi pelajar IPT. Namun, Fathiah terpaksa mengorbankan cutinya untuk masuk makmal bagi menyiapkan projek tahun akhirnya. Akhirnya Fathiah mengambil keputusan untuk pulang ke rumah dan menjaga maknya di hospital. Dia terpaksa mengorbankan projek tahun akhirnya. “Tak apalah aku tangguh rancangan aku masuk makmal cuti ni untuk mak. Pasti Allah bantu aku,” Fathiah memujuk hatinya.

Di hospital…
Sesampainya di hospital, Fathiah pun bersalaman dengan ibunya. “Ni akak ke?”, tanya mak pada Fathiah. “Ye la mak, ni akak, tak kenal akak lagi ke? Sampai hati mak,” jawab Fathiah yang cuba bergurau dengan ibunya. “Bukan mak tak kenal, tapi mata mak ni yang tak nampak. Yang nampaknya kabur-kabur dan warna serba putih yang bersalam dengan mak. Mak ingat misi tadi. Muka akak, mak tak nampak pun,” jawab ibu Fathiah. Melihat keadaan ibunya, secara tiba-tiba air mata Fathiah mengalir di pipinya. Dia perlu kuat untuk jaga ibunya sepanjang di hospital.

Fathiah menjaga ibunya yang ditahan di wad mata hampir seminggu. Sepanjang berada di wad mata cukup menginsafkan Fathiah. Pelbagai keadaan orang sakit dapat diperhatikannya. Ada antara pesakit yang ditarik nikmat melihat sebelah mata selama-lamanya dan hanya bergantung pada sebelah mata sahaja dan bayangkan sebelah matanya itu pun sakit kerana dijangkiti glaucoma. Namun, walaupun begitu makcik tu tetap rajin membaca ayat-ayat suci Al- Quran. Ada pula makcik yang lain terpaksa dibedah matanya dan selang dua hari terpaksa menjalani rawatan hemodialisis kerana menghidapi sakit buah pinggang. Bukan sahaja golongan tua yang memenuhi wad mata itu, malah golongan muda juga ramai kerana sakit mata akibat memakai kanta mata yang tidak berkualiti dan berwarna-warni kerana ingin kelihatan cantik. Fathiah bersyukur atas segala nikmat sihat yang Allah kurniakan ke atasnya.

Buta
Mata ibu Fathiah belah kiri berselaput dan belum dibedah lagi. Mata sebelah kanan pula pernah dibedah suatu masa dulu dan diganti dengan kanta buatan kerana berselaput tetapi mata itu kini telah dijangkiti kuman dan kedua-dua belah matanya memang tidak dapat melihat. Nikmat penglihatannya sudah ditarik Allah buat seketika.

Buta Fizikal VS Buta Mata Hati
Melihat keadaan pesakit di wad mata amat menyedihkan kerana mereka kebanyakannya telah ditarik nikmat melihat. Mereka tidak dapat melihat keindahan alam ciptaan Allah. Mereka juga terpaksa dibantu dan dipimpin untuk pergi ke mana-mana. Namun, kesungguhan antara mereka yang tetap melakukan solat dan mengaji Al- Quran amat mengagumkan dan wajar dicontohi. Mereka tidak jadikan alasan sakit untuk mereka meninggalkan suruhan Allah.

Sebenarnya, ada yang lebih menyedihkan lagi dan membimbangkan kita melihat realiti masyarakat hari ini. Sedih apabila seseorang itu sempurna dari segi fizikal dan juga dikurniakan ilmu tetapi, dengan ilmu yang ada, dia tidak dapat melihat sesuatu yang benar sebagai kebenaran dan tidak dapat melihat sesuatu yang batil sebagai kebatilan. Malah, ada yang sewenang-wenangnya mencampurkan kebatilan dan juga kebenaran mengikut sesuka hati dan nafsu. Sedangkan memang kita sedia tahu yang batil dan yang benar itu tidak boleh dicampur-adukkan sebagaimana yang disebut dalam firman Allah:

“Dan janganlah kamu mencampur-adukkan kebenaran dengan kebatilan dan(janganlah) kamu sembunyikan kebenaran, sedangkan kamu mengetahuinya”
(Al-Baqarah: 42)

Realiti masyarakat hari ini takut dan malu hendak menegakkan kebenaran dan melakukan kebaikan kerana melakukannya dianggap pelik dan ganjil.

Tahu meninggalkan solat itu berdosa, tetapi tetap tinggalkan solat kerana kononnya kerana ingin mencari sesuap nasi untuk keluarga. Kalau berhenti seketika untuk menunaikan solat takut kena potong gaji dan diberhentikan kerja.

Tahu menutup aurat itu wajib tapi tetap  mendedahkan aurat kerana takut dikatakan tidak “up to date” dengan fesyen terkini.

Sangat berat sekali bila diajak ke majlis ilmu. Namun, bila diajak keluar tengok wayang, main game, dan tengok perlawanan bola sepak, tiada pernah ada alasan walaupun terpaksa bersesak-sesak. Walaupun sedang sibuk buat assignment, sanggup ditinggalkan!

Menganggap cari jodoh itu perlu kenal-kenal dahulu, perlu bercinta-cinta untuk kenal isi hati dan budi. Walhal, jelas sekali “couple” itu haram hukumnya. Semua itu jelas adalah tuntutan nafsu semata-mata dan demi kepuasan diri. Alasan couple adalah sebagai latihan sebelum menjadi suami isteri yang baik adalah tidak masuk akal kerana couple hanya akan menjadikan anda semua pelakon kasih kekasih yang baik sahaja, tetapi untuk menjadi suami isteri yang baik, anda perlu menghadapi alam pernikahan yang sebenarnya terlebih dahulu dan sememangnya ia memerlukan kekuatan iman.

Apabila diajak untuk berubah ke arah kebaikan, memberikan alasan bahawa hidayah Allah tak sampai lagi. Sedangkan jelas, terang lagi bersuluh sekarang ni medium hidayah itu datang dari pelbagai arah. Terpulang pada empunya diri sama ada nak atau tidak dan berusaha untuk mencari atau membiarkan sahaja.

Kebanyakan masyarakat Islam sendiri pada hari ini melihat Islam itu hanya sekadar pada solat, mengaji Al-Quran, nikah, urusan jenazah dan tidak melihat dan mengamalkan Islam secara keseluruhan dalam hidup. Islam penuh larangan dan konservatif. Tidak moden dan ketinggalan zaman! Akibatnya, lihatlah keadaan umat Islam pada hari ini, kita hanya ramai dan juara dari segi bilangan, tapi kualiti kita lah yang tercorot dan ketinggalan berbanding agama lain.  Yang menyedihkan kitalah juara membuang bayi dan melahirkan bayi luar nikah, kitalah juara menagih dadah, kitalah juara dalam berhibur secara melampau, kitalah juara melepak, kitalah juara dalam membuang masa dan melakukan perkara-perkara yang tidak berfaedah, kitalah juara dalam rasuah.

Rasulullah SAW bersabda, yang bermaksud:

"Setelah aku wafat, setelah lama aku tinggalkan, umat Islam akan lemah. Di atas kelemahan itu, orang kafir akan menindas mereka bagai orang yang menghadapi piring dan mengajak orang lain makan bersama."

Maka para sahabat r.a. pun bertanya, "Apakah ketika itu umat Islam telah lemah dan musuh sangat kuat?"

Sabda Baginda SAW: "Bahkan masa itu mereka lebih ramai tetapi tidak berguna, tidak bererti dan tidak menakutkan musuh. Mereka adalah ibarat buih di laut."

Sahabat bertanya lagi, "Mengapa seramai itu tetapi seperti buih di laut?"

Jawab Rasulullah SAW, "Kerana ada dua penyakit, iaitu mereka ditimpa penyakit al-Wahn."

Sahabat bertanya lagi, "Apakah itu al-Wahn?"

Rasulullah SAW bersabda: "Cintakan dunia dan takut akan kematian."

Inilah yang berlaku apabila manusia melihat kehidupan melalui kaca mata nafsu. Kita celik dari segi fizikalnya tetapi pada hakikatnya, kita rabun dan yang lebih parah lagi ada antara kita yang telah pun buta, buta dari segi mata hati. Kita merasakan kita hanya perlu ambil yang kita suka dan apa yang kita benci tidak perlu dilakukan. Anggapan ini sememangnya salah dan kita lupa akan ayat ini,

Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.
(Al-Baqarah:216)

Sebab itulah kita perlu melihat kehidupan dunia ini dengan kaca mata akhirat. Kita perlu melihat apa yang sebenarnya kita sedang hadapi dan harus sedar keinginan kita sekarang telah dicemari oleh musuh-musuh Islam, Yahudi serta Nasrani sehingga kita terasa indah melakukan mengikut hawa nafsu dan berat sekali untuk menunaikan segala kewajipan kita sebagai hamba Allah di bumi ini.

Kanta lekap dan kaca mata ciptaan musuh Islam
Sebenarnya kita tidak buta tetapi kita telah dipakaikan oleh kanta lekap dan kaca mata yang telah diubahsuai oleh musuh-musuh Allah. Dalam keadaan yang tidak sedar dan leka kita telah tersilap menilai. Kaca mata yang telah dicorakkan oleh musuh-musuh Allah itu telah berjaya menjadikan kita khayal dan lupa akan tujuan sebenar kita hidup di dunia ini. Kaca mata yang pada luarannya memang nampak indah tetapi sebenarnya ialah barah yang menyebabkan masyarakat kita sakit.

Keadaan ini boleh di analogikan seperti cerita Fathiah di atas. Di mana kebanyakan golongan muda yang rosak matanya di wad mata akibat memakai kanta lekap yang berwarna-warni dan cantik. Memang kanta mata yang dipakai itu cantik kerana berwarna-warni dan murah, namun secara perlahan-lahan, kanta lekap itu yang tidak berkualiti telah merosakkan mata si pemakainya. Lantas menjadikan si pemakainya sakit mata dan yang lebih teruk lagi menyebabkan buta penglihatan. Itulah yang terjadi pada masyarakat Islam hari ini.

Masyarakat Islam hari ini tidak sedar yang mereka telah mengikut perancangan dan agenda musuh-musuh Islam. Mereka masih lena dibuai mimpi yang indah ciptaan sendiri dan juga ciptaan musuh-musuh mereka.

Diharapkan kita sama-sama dapat menanggalkan kaca mata yang penuh dengan penipuan dan khayalan itu. Gunakan kembali kaca mata yang sebenar. Kaca mata yang tidak lari dari Al- Quran dan As-Sunnah. Insyaallah kita tidak lari jauh dari landasan hidup yang sebenar. Hidup di dunia ini hanyalah sementara sahaja dan moga kita dapat mempersiapkan bekalan untuk perjalanan di akhirat kelak. Masih ada waktu untuk berubah walaupun telah tersasar jauh dari landasan sebenar. Kita masih boleh rawat mata yang rosak itu jika bersungguh-sungguh berikhtiar mencari jalan penyelesaian dan dengan izin dari Allah.

Ramadhan yang dirindui

Ramadhan  dihayati dan disyukuri
Alhamdulillah, kita bertemu semula dengan bulan Ramadhan, bulan yang dirindui dan dinanti-nanti. Moga kita menyambutnya dengan penuh penghayatan dan semangat untuk melakukan yang terbaik. Kepada yang sedang berusaha untuk melakukan perubahan dan perbaikan diri, teruskanlah dan sentiasa berusaha dan bermujahadah untuk berlumba-lumba menjadi hamba Allah yang terbaik. Moga Ramadhan kali ini menjadi titik permulaan dan teruskan di bulan-bulan akan datang.

Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan selamat menyambut bulan ramadhan dan selamat berpuasa kepada sahabat-sahabat. Moga Ramadhan kali ini lebih baik dari tahun-tahun yang lepas. Kepada sahabat-sahabat yang masih berada di IPT kerana menunaikan amanah sebagai pelajar, semoga tabah dan sabar dalam menghadapi ujian dari Allah dan moga segala ujian yang datang darinya menjadikan kita hamba yang sentiasa dekat dan bersyukur kepadaNya.

Tidak dilupakan juga kepada sahabat yang telah pun menamatkan pengajian sama ada yang sedang berpraktikal juga yang sedang menantikan tawaran bekerja atau tawaran sambung belajar, gunakanlah masa yang ada sebaiknya selagi hayat masih dikandung badan. Jadilah pemuda-pemuda yang bermanfaat pada masyarakat sekeliling. Kepada yang berpeluang berpuasa sebulan bersama keluarga, moga peluang yang diberi oleh Allah dapat kita “grab” dan gunakan sepenuhnya untuk berbakti kepada kedua ibu bapa selagi mereka masih ada. Semoga setiap apa yang kita lakukan mendapat keredaan Allah. Salam mujahadah.

Wednesday, February 22, 2012

Kau bukan seorang dai'e

AWAS: Post ini adalah untuk peringatan diri sendiri terutamanya dan juga untuk semua yang bergelar dai’. Tiada kena mengena dengan sesiapa  cuma untuk peringatan bersama. Afwan kathiro andai terbuat hati mana-mana pihak terasa.


KAU BUKAN SEORANG DAI’E
kau bukan seorang dai’e,
kau suka buang masa,
main game, movie dan berfacebook berjam-jam lamanya,
kau  tidak ada kerja  lain ke???

kau bukan seorang dai’e,
susah sangat nak tepati masa,
berkali-kali lambat datang halaqah muka kau selamba je,
cipta alasan untuk mengelak memang kau no 1 orangnya...

kau bukan seorang dai’e,
mutabaahmu*  tonggang langgang,
Qiammu langsung kau tak jaga, tilawahmu ala qadar sahaja,
dhuhamu  langsung kau lupa,
zikirmu penghayatan langsung tiada,
mentang-mentanglah murobiyah tak mintak dan tak tanya,
kau abaikan je  tanpa rasa tanggungjawab diri sendiri.

kau bukan seorang dai’e,
bangun pagi sangat liat gamaknya,
lepas subuh tu sambung tidur semula,
bangun lewat mengalahkan bukan dai’e pula...

kau bukan dai’e,
kebersihan kau tak reti jaga,
pakaian kau nampak selekeh sahaja,
jadual pun kau tak ada,
urusanmu serabut tak tentu hala...

kau bukan seorang dai’e,
andai perasaan sendiri kau tak  boleh kawal,
suka menyalahkan dan bersangka-sangka,
ukhuwah jadi lintang pukang kau kerjakan,
manakan rasa manisnya???

kau bukan seorang dai’e,
andai merajuk  tak tentu pasal,
tarik muka semacam je,
kau jadikan ukhuwah macam kuah,
mana perginya cinta kepada saudara seislam kerana Allah????

kau bukan seorang dai’e,
saudara seislam pun kau tak concern,
mc d, milo kau main bedal je,
cuba boikot  susah sangat ke?
tak kasihankah kau dengan mereka kat sana?

kau bukan seorang dai’e,
kerje tarbiyah suka buat ala qadar je,
preparation suka last minute belaka,

 prgram tak berjaya nak salahkan sapa???
diri sendri jugalah kau salahkan sepatutnya,

kau bukan seorang dai’e,
dah tahu satu jemaah buat la kerja  sama-sama,
kenapa nak buat seorang diri je,
push la yang lain untuk buat sama,
bagi faham sama-sama,
agar semua dapat merasa,
jangan nak salahkan orang je....

kau bukan seorang dai’e yang seperti mula-mula ditarbiyah dahulu, kau dah berubah setelah lama ditarbiyah, keselesaan berada dalam saf telah membuatkan kau leka dan terlupa…
tahukah kau makin tinggi pokok kau panjat maka makin kencang angin yang bertiup dan pokok bergoyang,
berpeganglah kau pada pohon itu sekuat yang kau mampu, walau taufan dan ribut yang melanda tetaplah tegar kau berpegang padanya, agar  kita tetap bersama berjuang mempertahankannya… berbuatlah walau kau merasa berat sekalipun..

berubahlah kau wahai dai’e…

moga video ni bermanafaat dan memberi semangat untuk terus berbuat. Insyallah....


p/s: jadilah dai’e yang cerah, ceria, segar dan wangi(wangi tu tambahan)…

*mutabaah-amalan harian