Pages

Wednesday, December 29, 2010

buruk=baik

Assalammualaikum semua...
Suka untuk saya kongsi kisah ini. Moga cerita yang 'simple' ini memberi kita ibrah.Moga mendapat manfaat bersama.

Dalam sebuah negeri tinggallah seorang raja. Raja tersebut mempunyai seorang menteri yang menjadi penasihatnya. Menteri tersebut seringkali menyebut perkataan yang baik-baik sahaja kepada semua orang yang berbicara dengannya.

Pada satu hari,sedang raja mengupas kulit epal dengan pisau, tiba-tiba dan tidak semena-mena raja telah melukakan jarinya sendiri.Maka, keluarlah darah dari jari raja tersebut kerana terluka.Setelah membersihkan lukanya itu, raja memanggil menterinya itu dan bertanya kepada menterinya itu mengenai luka yang terdapat di jarinya itu, "wahai menteri, bagaimana dengan luka yang terdapat di jari beta ini menurutmu?". Maka menteri itu pun berkata,"Ampun tuanku beribu-ribu ampun. Menurut patik, luka yang terdapat di jari tuanku adalah baik untuk tuanku." Secara tiba-tiba dan tidak semena-mena, raja itu menjadi berang.Raja memanggil pengawal dan memerintahkan agar menteri tersebut dipenjarakan. "Bagaimana kamu boleh kata luka yang terdapat di jari beta ini baik untuk beta!!!!!. Menteri itu pun dipenjarakan.

Tidak lama selepas itu, menteri baru dilantik untuk menggantikan menteri yang lama itu.Pada satu hari, raja dan menteri barunya serta beberapa orang pengawal itu pergi berburu di dalam hutan.Kerana ketidak'pro'ran menteri baru itu, maka mereka  pun tersesat jauh di dalam hutan. Mereka tidak dapat cari jalan keluar untuk pulang ke istana. Malang sekali,apabila mereka telah ditangkap oleh puak kanibal dalam hutan tersebut.

Raja merupakan orang pertama yang akan dijadikan korban penyembahan kaum karnival tersebut. Kaum kanibal tersebut ingin menjadikan raja sebagai korban pertama bagi menjalankan upacara penyembahan mereka yang sering mereka lakukan menurut kepercayaan mereka. Raja tersebut sangat risau dan bimbang.

Maka, tibalah hari yang dinanti-nantikan.Masa untuk raja menjadi korban penyembahan.Tiba-tiba,salah seorang suku kanibal itu menghalang."Dia tidak bisa kita jadikan korban kerana ada cacatnya dan tidak sempurna!Lihat jarinya itu sudah terluka.Cari korban lain,"kata salah seorang suku kaum kanibal tadi yang perasan luka di jari raja tersebut.Makanya,terselamatlah raja tersebut dari menjadi korban sedangkan yang lain-lain masih menjadi tawanan untuk dijadikan korban.Maka raja pun pulang ke istana.

Setibanya raja di istana, baginda terus berjumpa dengan menteri yang dipenjarakan itu. Sambil menangis-nangis raja itu menyatakan syukurnya kerana terselamat dari menjadi korban. Btollah kata menteri itu bahawa luka itu adalah baik untuknya. Menteri itu juga menyatakan syukurnya kerana dipenjarakan.Kalau dia tidak dipenjarakan mungkin dia juga akan menjadi korban suku kanibal itu kerana pergi berburu......TAMAT...

Cerita di atas walaupun nampak simple tapi banyak ibrahnya. Dalam kehidupan kita, sebenarnya banyak perkara buruk yang berlaku sebenarnya adalah yang terbaik untuk kita. Mungkin pada masa saat peritiwa itu berlaku kita tak nampak pun baiknya.Tapi percayalah segala yang telah ditentukan adalah yang terbaik buat kita. Seringkali kita kecewa bila mendapat keputusan yang tidak seperti yang kita kehendaki walaupun kita dah berusaha sedaya upaya,kita mencari-cari apa hikmah disebaliknya tetapi tidak juga ketemu, namun percayalah ada hikmah disebaliknya yang kita tidak ketahui. Yakinlah akan janji-janji ALLAH.Firman ALLAH:
"Sungguh,Allah tidak akan menzalimi seseorang walaupun sebesar zarrah, dan jika ada kebajikan(sekecil zarrah),niscaya Allah akan melipat gandakannya dan memberikan pahala yang besar dari sisiNYA"(An Nisa:40)


Usah putus asa
Tetaplah berjuang walau di mana pun kita berada.Walau sesempit mana pun kondisi yang menimpa, nescaya ada habuannya di akhir kelak. Walaupun sekarang nampak seperti tiada hasilnya, namun percayalah hasilnya akan menjelma walaupun saat itu kita tiada lagi di dunia ini. Allah tidak lihat hasil, tetapi Allah nilai usaha yang ikhlas keranaNYA.Jangan sesekali berputus asa andai apa yang diusahakan tidak nampak hasilnya.Itu merupakan ujian dari ALLAH dan ingin menguji tahap kesabaran hambaNYA. Jangan sesekali tewas dengan hasutan syaitan yang membisik kerana syaitan suka jika kita tidak bersabar dan "system is a sudden result" merupakan salah satu pemikiran syaitan. Pemikiran yang ingin mendapatkan hasil yang cepat tanpa kesabaran. Firman ALLAH:
"Janganlah kamu berputus asa dari rahmat ALLAH, sesungguhnya yang berputus asa dari rahmat ALLAH, hanyalah orang-orang yang kafir".(Yusuf:87)


Luaskan pemikiran kita dari masalah-masalah yang bisa menjadi penghalang kepada kita. Janganlah sesekali menitiskan airmata kerana berputus asa kerana rahmat ALLAH itu luas. Jika satu pintu ditutup, carilah pintu-pintu lain yang luas terbuka.Sekian..

0 comments:

Post a Comment