Pages

Tuesday, March 1, 2011

Penjara Hati

Hidup sebagai khalifah di bumi ALLAH ini sememangnya amat berat tanggungjawabnya.Menjalani kehidupan sehari-harian terasa amat memenatkan.terkadang terasa mahu berhenti dari melakukan segala-galanya tapi itu tidak mungkin kita lakukan kerana segalanya telah tergalas di bahu kita.

Akan ada satu tahap bila mana kita akan diuji dengan pelbagai ujian sehingga menyesakkan dada dan terasa bagai mahu meninggalkan segala-galanya yang telah diamanahkan. Jika kita tinggalkan semua yang telah kita dapat amat rugi sekali kerana inilah proses tarbiyah iaitu pendidikan yang ALLAH berikan untuk menjadikan kita manusia yang matang. Mungkin hari ini kita boleh melepaskan amanah ini, melarikan diri dari masalah yang sedang kita hadapi, namun percayalah, di hari yang lain kita mungkin akan diuji perkara yang sama. Makanya, tabah dan bersabarlah dalam menghadapi setiap masalah dan ujian serta dugaan hidup ini.

penat dan lelah melakukan kebaikan ketika hati dipenjara


Sememangnya manusia itu tidak terlepas dari melakukan dosa. Semua tanggungjawab dan amanah ini perlu dilaksanakan juga walaupun dalam keadaan diri yang dirasakan teruk sekali. Tidak layak untuk melakukan tugas yang di amanahkan dan dalam keadaan hati yang dirasakan bagaikan dipenjara. Tiada mood untuk melakukannya dan terasa terpaksa untuk melakukannya. Kepada sesiapa yang sedang merasainya, ayuh kita sama-sama berusaha bebaskan hati itu dari penjara.
ketika hati dipenjara,semua dirasa bagai tak kena

Penjara hati menyelubungi diri
Menjadikan aku lelah sekali
Membuat emosi tak stabil kini
Virus kejahatan menular menguasai
Rasionalku sukar dicapai

Ingin aku melepaskan diri
Berlari dari penjara hati
Namun tak berdaya ku rasa lagi
Kekuatan lenyap ditelan hari
Semangat pudar sama sekali
Bilakah semua ini harus diakhiri

Ingin aku hentikan semua ini
Berehat menyendiri dari segalanya
Tetapi ketakutan pula menguasai
Akibat tanggungjawab ku biarkan pergi
Tak sanggup untuk khianati amanah ini

Dalam kepayahan dan dan kelelahan ini
Kuteruskan perjalanan dalam penjara hati
Takkan ku biar hatiku mati dalam penjara hati
Takkan ku biar dunia yang tenat ini
Walau ku masih dalam penjara hati
Kerana ku percaya ini ujian dari ILLAHI
TABAH dan SABAR senjata utama

Wahai hati keluarlah engkau pergi
Lepaskan diri dari penjara hati
Carilah kunci untuk penjara ini
Kunci yang datangnya dari kekuatan hatimu sendiri
Bebaskan dirimu dari penjara hati
Bebaskan dirimu dari belenggu ini
Bebaskan dirimu dari kesakitan ini
Bebaskan…bebaskan..bebaskan…..



tabah dan sabar tatkala diuji dan doa senjata utama

p/s: berusaha melepaskan diri dari penjara hati.ayuh bermujahadah...

Saturday, February 12, 2011

Usah Putus Asa




Tak tahu disebalik suka dan duka
Ada hikmah yang disediakan olehNYa
Jangan berputus asa bila ia menimpa
Redha dan pasrah itulah lumrah

Mahukah kita semua terus terjatuh
Hingga tiada tempat untuk kita berlabuh
Bukanlah masa untuk kita mengeluh
Bukanlah waktu untuk asyik mengadu

Dari itu jangan berpaling haluan
Ke arah matlamat yang telah kita sasarkan
Masih banyak yang belum kita terokai
Di depan pasti bahagia menanti

*
Teruslah kau terus mencuba
Lupakan segala duka lara
Usah putus asa
Segala dugaan menimpa
Pastikan nanti ada hikmahnya
Usah putus asa

Putus asa bukanlah penyudahnya
Ayuh teruskan langkah serta berwaspada
Mungkin hari ini kita berdiri luka
Esok harap menjadi milik kita semula

Tulisan ini hanya luahan hati
Bukan aku menagih belas simpati
Biar apa pun kehidupan menanti
Sabar menerima ketentuan Ilahi

Kesilapan silam jadikan landasan
Hidup bukan seindah dimpikan
Terus melangkah jangan menoleh lagi
Segala yang dimpikan menjadi pasti

(ulang *)

Kita rentas bersama samudera
Layarkan bahtera harapan dan cita

(ulang *)

Itulah janji dari Ilahi
Jika kau susah diakan pasti
Teruskan mendaki puncak yang tinggi
Capailah impi lukisan hati
Cubalah engkau terus mencuba
Hingga kau tiba ke puncak jaya
Ingatlah kita semua di dunia
Bukan milik kita
Milik yang Esa
Ya milik yang Esa


p/s: penulis menyepi di alam maya untuk suatu tempoh masa yang agak lama untuk bersendirian dan fokus


 ~adik~~ sentiasa bersemangat ukhti